fbpx

Siasatan kesalahan kad pengenalan menjurus kepada MyKad palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. NOTA TERBITAN KOSMO 24 MAC 2018 SABTU MUKA 6 Archived By RM

KUALA LUMPUR – MyKad palsu dipercayai digunakan susulan 94 laporan diterima berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan pada hari mengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kes sedemikian juga sering kali berlaku setiap kali hari mengundi.

Beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu merekodkan kesalahan penggunaan kad pengenalan lebih tinggi berbanding PRN baru-baru ini.

“Sejumlah 94 kes penggunaan kad pengenalan orang lain masih dalam siasatan dan perkara ini akan berlaku setiap kali pilihan raya namun siasatan masih dijalankan.

“Kes ini lebih kepada kad pengenalan palsu (berbanding kecurian identiti),” katanya dalam sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siastaan Jenayah baharu di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, PDRM menerima sebanyak 94 laporan polis berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan diterima pada hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Laporan tertinggi kesalahan itu direkodkan di Selangor sebanyak 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah serta Terengganu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI