fbpx

Desakan Presiden UMNO berundur dibuat ahli pro PN – Nur Jazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR JAZLAN

JOHOR BAHRU – Desakan dalam parti agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri baru-baru ini datang daripada kumpulan pro Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, antara individu itu termasuklah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh.

Katanya, Idris membuat kenyataan itu kerana kecewa sebab jawatan selaku Pengerusi Felda yang diberikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Selepas UMNO menunjukkan keputusan tidak baik dalam PRN enam negeri, terus ada pihak yang tuding jari salahkan Presiden dan desak beliau lepaskan jawatan dan bertanggungjawab atas prestasi buruk itu sedangkan masih banyak isu lain yang turut jadi penyumbang.

“Macam biasalah, geng pro PN dalam kalangan UMNO paling pantas bingkas untuk jadikan Ahmad Zahid sebagai kambing hitam sekali lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sedangkan ramai lagi individu lain turut terlibat.

“Kenapa puak yang mendesak itu tidak menyalahkan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Puteri serta kepimpinan negeri dan bahagian. Sepatutnya semua pihak perlu ambil tanggungjawab kerana keseluruhan kepimpinan parti juga gagal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Nur Jazlan yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pulai, sebaliknya apa yang perlu dibuat UMNO ketika ini adalah melakukan ‘post mortem’ untuk kembali bangkit mendapatkan sokongan orang Melayu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI