fbpx

Pemilihan Shuhaily berdasarkan integriti dan pengalaman – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (Tengah) Ayob Khan (Kiri) dan Mohd Shuhaily (Kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini

KUALA LUMPUR – Pengalaman, integriti, dan kemahiran antara ciri-ciri yang dinilai sebelum Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, terdapat beberapa nama juga telah diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dipertimbangkan individu yang akan menduduki jawatan tersebut.

“Pemilihan nama telah dibuat oleh saya dan Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay) untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut mengikut senioriti, pengalaman, umur dan integriti.

“Kita turut lihat soft skill dan prestasi ditunjukkan beliau, untuk maklumkan beliau pernah menjadi Ketua Polis Daerah Teluk Intan, kemudian dihantar ke luar negara seterusnya memegang jawatan Ketua Polis Pulau Pinang, serta Ketua Polis Kuala Lumpur

“Saya berharap dan yakin Datuk Seri Mohd Shuhaily akan memberi komitmen dan momentum yang sama khususnya di Jabatan Siasatan Jenayah amnya kepada PDRM,” .

Katanya pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, Razarudin menyempurnakan pemakaian lencana pangkat pada Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau mengisi kekosongan jawatan itu selepas Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara 23 Jun lalu.

Mengulas lanjut berkenaan tempoh yang diambil untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut, Razarudin memaklumkan terdapat beberapa proses yang perlu dilalui untuk melantik individu yang sesuai.

“Terdapat empat atau tiga nama yang diberikan dan perlu tapisan sebelum diserahkan kepada KDN,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI