fbpx

Jaga anak bongsu hidap kanser, wanita abai kesihatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NUR DAYANA (berkerusi roda) ketika menerima kunjungan Persatuan Ziarah Sahabat Kanser di Sungai Lembing, Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – Ibu lima anak sanggup mengabaikan kesihatan sendiri bagi menjaga anak bongsu yang menghidap kanser saraf tunjang sejak tiga tahun lalu.

Dayang Suhana Abdullah, 44, tekad untuk tidak melakukan pemeriksaan lanjut ke atas masalah kesihatannya yang me­ngalami benjolan di leher kerana perlu setiap masa bersama Intan Nur Dayana Mohd Jusoh, 9, yang lebih dikenali sebagai Dhia.

“Kalau saya jalani rawatan di hospital, siapa hendak jaga Dhia.

“Demi Dhia, saya kena abaikan sakit saya. Saya hendak berniaga (cari duit sara hidup) dan mahu jaga Dhia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Su­ngai Lembing dekat sini selepas menerima kunjungan daripada Persatuan Ziarah Sahabat Kan­ser diketuai Pengerusinya, Zaki Yahya.

Bercerita lanjut Dayang Suhana berkata, Dhia pada awalnya kanak-kanak aktif, namun sakit kaki yang dialami secara tiba-tiba sekitar dua tahun lalu menyebabkannya tidak boleh berjalan.

Katanya, selepas seminggu dimasukkan ke hospital, doktor mengesahkan dia menghidap kanser saraf tunjang tahap tiga.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana boleh dapat kanser,” katanya yang bekerja sebagai peniaga roti canai.

“Pada awalnya Dhia sering menangis dan selalu bertanya kenapa dirinya dapat kanser sedangkan adik-beradiknya yang lain sihat, tetapi dia dapat terima hakikat itu,” katanya.

Menyentuh kos perbelanjaan Dhia, Dayang Suhana memaklumkan, sebanyak RM1,000 dibelanjakan setiap bulan bagi membeli lampin pakai buang, susu formula khas dan lain-lain .

Dia mengakui menerima bantuan pusat zakat sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500.

Orang ramai yang menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Dayang Suhana di talian 011- 2985 7822 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0610029000399971.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI