fbpx

Vinales lupakan kejuaraan, fokus pembangunan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES sedar peluang untuk bergelar juara dunia semakin sukar menyebabkan dia lebih fokus untuk pembangunan jentera bagi persiapan musim depan. - AFP

 

VALENCIA – Pelumba Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales sudah tidak memberi fokus pada perebutan gelaran dunia musim ini sebaliknya mahu melakukan persiapan awal untuk mencari pelarasan yang lebih sempurna menghadapi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021.

Bagi Vinales, perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia pada hujung minggu ini bukan mengenai perebutan gelaran dunia selepas dia dah pasukannya mahu membangunkan jentera YZR-M1 apabila terdapat beberapa kelemahan perlu diperbaiki dengan segera.

Pelumba Sepanyol itu berada di kedudukan keempat keseluruhan dalam carta kedudukan pelumba dan dilihat sukar untuk mengejar pelumba Suzuki, Joan Mir apabila dipisahkan dengan 41 mata selepas perlumbaan kini hanya berbaki dua pusingan untuk tamat.

“Fokus kami ketika ini adalah mengenai pembangunan jentera. Lihat di beberapa litar sebelum ini Yamaha berdepan masalah hingga menyebabkan kami kami gagal menamatkan saingan.

“Dua baki perlumbaan ini kami akan gunakan sebaiknya. Litar yang berbeza adalah peluang terbaik untuk melihat kemampuan jentera Yamaha. Kami fokus untuk mendapatkan pelarasan yang lebih pada baki perlumbaan musim ini.

“Data yang kami peroleh ini dapat membantu pasukan untuk melengkapkan jentera untuk digunakan pada musim depan,” katanya.

Pada perlumbaan minggu lalu, Vinales terpaksa bermula di hentian pit susulan terpaksa mengguna pakai enjin keenam bagi aksi di Valencia sekaligus melanggar kuota lima enjin yang dibenarkan musim ini.

Yamaha berdepan masalah besar apabila dua enjin milik mereka terpaksa diterbangkan ke Jepun semula selepas pasukan gagal mengesan masalah yang dialami pelumba mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI