fbpx

AMK Selangor lapor polis isu ugut bunuh PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Afif (tengah) menunjukkan laporan polis itu di luar IPD Shah Alam, Shah Alam, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor tampil membuat laporan polis berhubung satu ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu dibuat Setiausaha Kerjanya, Muhammad Afif Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, pada pukul 7.41 malam tadi.

Muhammad Afif yang juga Naib Ketua AMK Cabang Kota Raja berkata, beliau menyedari perkara itu selepas melihat tangkap layar hantaran komen akaun seorang pemilik Facebook (FB) pada pukul 2.30 petang.

“Kandungan hantaran itu adalah ‘Anwar Ibrahim bodoh, aku nk bunuh Anwar Ibrahim. Semua geng bodoh pergi jahanamlah mengundi buat natang apa ngundi’.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya kenyataan itu jelas mempunyai elemen jenayah iaitu penghinaan dan ugutan bunuh ke atas pemimpin nombor satu negara,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan IPD itu.

Tambah beliau, pemilik akaun FB itu dianggap turut membuat hantaran jelik dengan niat jahat bagi menghina individu yang turun mengundi.

“Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana pentadbiran Kerajaan Perpaduan sedang membina semula negara terutama dalam sektor ekonomi.

“Tindakan itu menggambarkan seolah-olah menzahirkan rasa tidak berpuas hati dan berunsurkan rampasan kuasa,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal mengesahkan menerima laporan tersebut.

“Laporan awal telah dibuat di Berang, Terengganu dan siasatan akan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis (Hulu Terengganu) terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI