fbpx

[VIDEO] Pesawat MH122 patah balik ke Sydney ekoran gangguan penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang penumpang pesawat MH122 yang didakwa membuat gangguan.

PETALING JAYA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH112 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Sydney.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan terdapat gangguan daripada penumpang di dalam pesawat tersebut.

Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata, ketika kejadian, pesawat membawa 194 penumpang bersama lima anak kapal itu selamat mendarat di lapangan terbang terbabit kira-kira 3.47 petang waktu tempatan.

“Demi keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney.

“Pihak berkuasa tempatan sedang menilai keadaan. Keselamatan dan keselesaan anak kapal serta penumpang amat penting kepada Malaysia Airlines,” ujarnya.

Terdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan ‘insiden kecemasan’ di udara.

Video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 itu menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.-KOSMO! ONLINE

@zero.borders Our flight got hijacked by this man Sydney to KL our plane turned around we’re on the tarmac now #sydneyairport #malaysiaairlines #mh122 #MH #kualalumpur #malaysia #australia ♬ original sound – Zero Borders

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI