fbpx

Lebih jimat masak sendiri daripada makan luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar barang basah yang dibeli wanita tersebut di laman Twitter.

PETALING JAYA – Seorang wanita dapat berjimat dan hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM600 sebulan untuk barang basah berbanding makan di luar.

Menurut sebuah hantaran di laman Twitter, sebelum ini, wanita tersebut mengakui selalu membelanjakan sekitar RM25 hingga RM30 untuk sekali makan.

“Dulu rasa makan luar lebih jimat kalau duduk berdua. Tapi, bila dah mula memasak hari-hari, terasa ada banyak pula duit lebih.

“Kalau beli barang basah, maksimum akan belanja RM150 untuk lima hari makan. Dalam masa itu, boleh makan 10 kali, dua kali sehari,” katanya.

Bagaimanapun, pengguna tersebut menjelaskan dia hanya akan memasak pada hari bekerja sahaja. Pada hari cuti, dia lebih gemar keluar makan di luar bersama suami.

“Cuba anggarkan sekali makan purata perbelanjaan adalah sekitar RM25. Dua kali makan sudah mencecah RM50. Jadi dalam masa lima hari, boleh habis RM250. Sebulan dah RM1,000.

“Tak tahulah bagi orang lain, ini mahal atau murah. Tetapi bagi saya, masak sendiri lebih murah berbanding makan luar atau beli secara dalam talian,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai rata-ratanya bersetuju dengan pendapat wanita tersebut.

“Saya selalu masak di rumah. Kalau beli nasi goreng, harganya boleh mencecah RM7. Membazir sebab harganya hampir dengan harga separuh ayam,” kata seorang pengguna.

“Ayam seekor dalam satu dua kilogram boleh tahan hampir dua minggu untuk dua orang makan.

“Kadang-kadang, saya akan goreng nasi, mi, bihun atau kuetiau sebab lagi mudah dan murah. Sebulan, saya akan belanjakan sekitar RM350-RM450 untuk barang dapur. Memang jimat,” kata Wadie.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 5,045 tanda suka dan 275,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI