fbpx

[KEMASKINI] Maut dipijak gajah ketika kutip durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik, semalam.

GERIK – Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita Orang Asli yang disyaki dipijak gajah liar di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini semalam, mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, keputusan itu berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Gerik pada pukul 9 pagi.

“Bedah siasat telah dijalankan oleh pihak hospital dan mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘blunt force trauma to the chest’. Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada pukul 5.30 petang berkaitan seorang wanita Orang Asli berusia 63 tahun dipercayai dipijak seekor gajah liar.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 4 hingga 5 petang ketika mangsa pergi ke kebun berhampiran rumahnya untuk mengutip durian. Mangsa yang terserempak dengan seekor gajah liar telah dipijak haiwan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan RPS Kemar sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita Orang Asli dikenali sebagai Zaitun maut akibat kecederaan parah selepas dipercayai dipijak gajah liar ketika berada di kebun di belakang rumahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI