fbpx

JIPS siasat kes anggota kasari lelaki di IPD Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden anggota polis mengasari seorang lelaki di sebuah IPD sekitar Kota Bharu baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat berhubung kes anggota mengasari seorang lelaki di hadapan sebuah balai polis di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan selain menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kes berkenaan.

“Jika salah laku dikesan dalam insiden itu, kita akan menjalankan siasatan, malah jika dikatakan tohmahan juga akan disiasat untuk mengetahui betul ditohmah atau tidak.

“Kalau ada salah laku mahupun jenayah dikesan, kita akan siasat mengikut prosedur.

“Siasatan jenayah akan berakhir dengan pertuduhan, namun berbeza dengan kesalahan tatatertib yang mana mereka boleh dikenakan tindakan seperti surat amaran, denda dan dibuang kerja.

“Kita tidak akan berkompromi, tetapi orang ramai juga perlu adil kepada polis yang mana kita akan buat yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur.

Terdahulu satu rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang lelaki bermotosikal dengan bendera parti belakang badannya dikasari anggota polis di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kelantan  tular di media sosial.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada provokasi seorang lelaki bermotosikal yang membawa bendera parti dan membuat bising. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI