fbpx

Sekarang masa untuk kerajaan negeri tunai janji – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Tidak perlu lagi cetus pelbagai spekulasi mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kini masa untuk bekerja bukan lagi berpolitik dan berpolemik.

“Buktikan prestasi khidmat bakti dan kerja masing-masing di negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang dimenangi.

“Tempoh empat hingga lima tahun lagi, berperanglah lagi dalam medan pilihan raya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Akta Anti Lompat Parti yang dilulus dan diwartakan hanya bermatlamat agar fenomena ‘lompat-melompat’ parti tidak berulang.

Menurut beliau, fenomena ‘lompat-melompat’ menyebabkan kerajaan silih berganti sebanyak tiga kali dalam tempoh sepenggal.

Ujar beliau, rakyat dan negara sudah cukup terseksa apabila politik tidak stabil hingga menjejaskan ekonomi.

“Sekarang masa untuk bekerja dan melaksana segala apa yang dijanji,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI