fbpx

Sarawak teruskan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN anak Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Kerajaan Sarawak menambah peruntukan sebanyak RM41.84 juta bagi meneruskan insentif pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anak Sarawak pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata bantuan itu akan dinikmati hampir 10,000 peminjam PTPTN dalam kalangan anak Sarawak.

“Bermula semalam, sebahagian peminjam PTPTN dalam kalangan anak Sarawak telah menerima bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN, yang telah selesai membuat pembayaran pinjaman sebanyak 30 peratus secara konsisten.

“Pemakluman melalui emel juga telah dibuat oleh pihak PTPTN kepada peminjam yang layak dan semakan secara dalam talian juga dapat dibuat di laman sesawang rasmi PTPTN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Lukanisman yang juga Ahli Parimen Sibuti berharap agar usaha berterusan membantu pendidikan anak Sarawak akan terus diperkasakan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sarawak yang menyelaras insentif ini dengan kerjasama pihak PTPTN.

“PTPTN juga telah memaklumkan tidak perlu mengemukakan permohonan dan pihak mereka akan mengenal pasti mereka yang layak setelah tamat pengajian,” katanya.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan insentif pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi membantu mengurangkan beban hutang golongan pelajar pada tahun 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI