fbpx

Jangan takut, Pas bukan parti balas dendam – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu adalah sebuah parti yang adil untuk semua dan tidak bermusuhan dengan mana-mana pihak.

Malah kata Ahli Parlimen Marang itu, Pas juga tidak pernah berdendam walaupun ada musuh-musuh yang telah menzalimi dan memfitnah parti itu sebelum ini.

Ini kerana kata Abdul Hadi, Islam mengajarkan kepada kita untuk bersikap adil untuk semua.

“Jangan takut, kami bukan parti balas dendam, kami adalah parti yang menegakkan keadilan untuk semua.

“Bila kita jadi Kerajaan, semua rakyat adalah rakyat kita, sama ada rakyat yang menyokong atau tidak menyokong kita semuanya rakyat kita,” katanya dalam satu ucapan.

Jelas Abdul Hadi, apabila bersikap lebih adil kepada rakyat, ia akan menambah kekuatan dan kepercayaan rakyat kepada parti itu sekali gus meningkat kemenangan pada masa akan datang.

“Bukan sahaja tiga buah atau empat buah negeri yang kita sudah perintah, Insya-Allah negeri lain dan Insya-Allah kita akan ambil alih Malaysia pada masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI