fbpx

Hujan lebat di Perlis, Pulau Pinang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk itu diramal berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang termasuk Perak melibatkan di Kerian, Larut, Matang dan Selama.

“Selain itu, di Langkawi membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim sementara di Kedah, hujan lebat hanya tertumpu di Bandar Baharu.

“Di Johor pula, ribut petir dijangka melanda kawasan Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI