fbpx

Agong ziarah Sultan Selangor di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong berkenan menziarahi Sultan Selangor di London, semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di London, United Kingdom, semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran berkata, dalam kunjungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan berinteraksi bersama Sultan Selangor.

“Sultan Selangor berada di London sejak 28 Julai bagi menjalani rawatan serta pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) dan dijangka berangkat pulang ke tanah air pada 15 Ogos ini.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendoakan agar Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dikurniakan kesembuhan segera dan kesejahteraan serta keafiatan yang berpanjangan,” katanya.

Terdahulu, Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di London bagi lawatan khas hingga 15 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI