fbpx

Nama besar kalah PRN dikhuatiri hilang dari radar politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nama-nama besar yang tumbang PRN semalam.

PETALING JAYA – Nama besar dan jawatan dalam parti bukan jaminan bagi seseorang calon mendapat sokongan apabila mereka turut tumbang sekali gus gagal memenangi kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin.

Antaranya termasuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Menteri Pemba­ngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Selain itu, penyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990 dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut tersungkur.

Keputusan yang penuh kejutan itu juga menyaksikan beberapa pendatang baharu yang pertama kali bertanding mendapat gelaran ‘giant killer’ apabila menang besar ke atas pesaing masing-masing.

Kekalahan orang lama itu kemungkinan akan menyebabkan karier politik mereka terus malap dan terpinggir dalam pertandingan akan datang.

Mahdzir kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Radzi Md. Amin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu dengan majoriti 6,373 undi.

Mahfuz pula tersungkur di DUN Alor Mengkudu apabila dikalahkan dengan mudah oleh legenda bola sepak, Muhammad Radhi Mat Din daripada PN dengan majoriti 10,104.

Ini merupakan kekalahan kali kedua Mahfuz yang tewas teruk di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar yang mewakili PN buat pertama kali menang bergaya di DUN Gurun mengalahkan calon PH, Mohammed Firdaus Johari dengan majoriti 6,584 undi.

Rina yang mewakili PN pula tewas dengan majoriti 3,382 di DUN Batu Tiga kepada calon PH, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid.

Mahdzir yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah itu pernah bergelar Ahli DUN Pedu selama dua penggal pada 2004 hingga 2013.

Sementara itu, di DUN Derga, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew turut gagal mempertahankan kerusi apabila tewas di ta­ngan calon Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Muhammad Amri Wahab.

Ahmad turut menerima nasib sama apabila ditunjuk jalan keluar oleh pencabarnya, Datuk Razali Idrin dari PN dengan majoriti 3,620.

Di DUN Gombak Setia pula, Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin tewas dengan majoriti tipis 58 undi.

Megat meraih 30,241 undi, manakala calon PN, Muhammad Hilman Idham yang berjaya me­raih 30,299 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI