fbpx

Harimau kumbang masuk perangkap Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU kumbang jantan yang berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang di Perlop 5, Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Kebimbangan penduduk Perlop 5 di sini dengan kehadiran seekor harimau kumbang berakhir apabila haiwan liar itu berjaya ditangkap.

Harimau kumbang jantan seberat 50 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, perangkap itu dipasang sejak semalam selepas menerima aduan penduduk kampung berkaitan ternakan mereka dibaham haiwan liar.

“Pada awal pagi tadi, kita dimaklumkan yang harimau kumbang itu telah pun masuk ke dalam perangkap.

“Anggota Perhilitan digerakkan ke lokasi untuk memeriksa perangkap tersebut dan mendapati haiwan liar itu yang dianggarkan berusia sembilan tahun berada dalam keadaan sihat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga telah memanggil pihak veterinar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas haiwan berkenaan.

Katanya, operasi menyelamat dan melepaskan akan dijalankan di lokasi sesuai jauh dari penempatan manusia selepas harimau itu disahkan dalam keadaan baik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI