SELEPAS 11 tahun berkahwin, aktres Natalie Portman akhirnya berpisah dengan suaminya, Benjamin Millepied gara-gara kehadiran orang ketiga.
Menurut laporan Us Magazine, Millepied diketahui telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita sehingga membuatkan Portman tawar hati untuk meneruskan perkahwinan mereka.
“Benar saya dan suami telah berpisah pada Jun lalu gara-gara orang ketiga. Saya telah berusaha untuk mempertahankan rumah tangga kami, namun keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.
Berita perceraian aktres berusia 42 tahun itu dengan suaminya dapat dicium pihak media selepas Portman dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan sewaktu menghadiri acara Angel City FC di Sydney, Australia pada bulan lalu.
Menurut laporan Us Magazine, wanita yang dikatakan menjadi punca kehancuran rumah tangga Portman dan Millepied adalah Camilla Etienne, seorang aktivis alam sekitar berusia 25 tahun.