fbpx

Brazil tetap tagih khidmat Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR bakal terlepas aksi Brazil menentang Venezuela esok kerana mengalami kecederaan paha. - AFP

 

SAO PAULO – Ketua jurulatih Brazil, Tite tetap menyenaraikan nama bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2022 zon benua Amerika Selatan bulan ini menentang Venezuela dan Uruguay.

Tite, 59, terpaksa menerima hakikat Neymar tidak akan mengambil bahagian dalam aksi menentang Venezuela di Estadio do Morumbi esok kerana masih belum pulih daripada kecederaan paha.

Bagaimanapun, pengendali Selecao itu amat berharap penyerang sensasi berusia 28 tahun berkenaan dapat diturunkan dalam aksi kelayakan seterusnya empat hari kemudian bertemu lawan lebih hebat iaitu Uruguay di Estadio Centenario, Montevideo pada Rabu ini.

“Kami percaya dengan rawatan intensif selama seminggu, ada kemungkinan dia (Neymar) akan pulih untuk perlawanan kelayakan kedua. Kami akan memantau rapat perkembangan semasanya,” menurut kenyataan daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).

Neymar mengalami kecederaan itu ketika mewakili PSG menentang jaguh Turki, Istanbul Basaksehir dalam aksi Liga Juara-Juara hujung bulan lalu.

Selain Neymar, Brazil juga kehilangan beberapa pemain utama untuk perlawanan menentang Venezuela esok seperti bintang Barcelona, Philippe Coutinho, Casemiro (Real Madrid), Eder Militao (Real Madrid), Fabinho (Liverpool) dan Rodrigo Caio (Flamengo).

Bagaimanapun, Brazil boleh menarik nafas lega apabila penyerang prolifik Manchester City, Gabriel Jesus kembali mencapai tahap kecergasan terbaik sekali gus mampu mengisi kekosongan Neymar di bahagian jentera serangan dalam misi meraih tiga mata esok. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI