fbpx

Orang ramai dakwa Muda punca pecah undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Saddiq berkempen bersama calon Muda bagi DUN Temiang, Ahmad Qusyairi di Seremban baru-baru ini.

PETALING JAYA – Orang ramai menyuarakan rasa tidak berpuas hati di media sosial berhubung penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang didakwa menjadi punca pecah undi.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna menyifatkan parti tersebut turut menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) selain turut menggesa parti tersebut keluar daripada blok kerajaan.

“Buang sajalah Muda ini. Dahlah sombong, bodoh, pecah undi bagi PN menang pulak tu,” ciap seorang pengguna @bumilangit.

“Sungai Kandis tumbang, budak Muda yang bergambar dengan sampah ni punca pecah undi. Mangkuk,” ciap @faizfadzil.

“Steady Muda pecah undi walaupun dekat parlimen duduk blok PH/BN. Ini semangat setiakawan yang patut dipuji. Mengalahkan blok sendiri, memenangkan lawan di parlimen. Hebat anak muda,” sindir @Syfq_H.

Terdahulu, PRN Selangor kali ini menyaksikan Muda gagal memperoleh mana-mana kerusi.

Muda mempertaruhkan 14 calon di Kuala Kubu Baharu, Taman Templer, Bukit Antarabangsa, Pandan Indah, Dusun Tua, Seri Serdang, Subang Jaya, Seri Setia, Bukit Gasing, Bandar Utama, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sentosa dan Sungai Kandis.

Susulan kekalahan itu, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kegagalan kali ini tidak akan mematahkan semangat sebaliknya akan menjadi satu pengajaran yang mematangkan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI