fbpx

Hujan lebat di 5 negeri, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri, pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk diramal berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perlis serta Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda, Kedah.

“Sementara itu, cuaca buruk juga diramal di Port Dickson, Negeri Sembilan, Melaka dan Tangkak, Johor,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI