fbpx

PRN: Tiada pembangkang di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (hadapan, dua dari kiri) pada sidang akhbar pasca PRN-15 di Rusila, Marang hari ini.

MARANG – Pas memberi jaminan peranan semak dan imbang tetap akan berlaku walaupun kerajaan negeri Terengganu tanpa pembangkang selepas kejayaan parti itu menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) biasa akan memainkan peranan menasihati ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, rakyat juga akan peranan besar untuk mengkritik kerajaan negeri Terengganu demi pentabdiran yang efisyen.

“Kita akan galakkan budaya nasihat termasuk daripada rakyat sendiri boleh mengkritik kerajaan.

“Suka dimaklumkan bahawa dalam Islam ini walaupun tidak ada pembangkang, ahli-ahli dewan (DUN) boleh mengkritik dan memberi teguran,” katanya di Rusila di sini hari ini.

Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencipta sejarah menyapu bersih semua 32 DUN Terengganu pada PRN-15.

Ia menamatkan bagi kerajaan sepenggal yang pernah dialami Pas sewaktu diberi mandat mentadbir pada tahun 1959 dan 1999 sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI