PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun gagal merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga apabila tewas dengan calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al-Rashid.
Rina memperoleh 25,682 undi sementara Danial mendapat 29,064 undi sekaligus menang dengan majoriti 3,382.
Sebelum ini, Ketua Srikandi Bersatu itu tersungkur di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE