fbpx

[VIDEO] Kerajaan Perpaduan terima, hormat keputusan rakyat dalam PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika berucap di Dewan Tun Hussein Onn, WTC Kuala Lumpur malam ini.

KUALA LUMPUR – Barisan pimpinan Kerajaan Perpaduan hari ini menerima dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri hari ini dalam memilih calon serta parti kesukaan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diperoleh dari sistem demokrasi dan pilihan rakyat harus dihormati dengan baik.

Katanya sebarang masalah perundangan yang timbul harus dibuat mengikut jalur hukum dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu, Anwar turut meminta semua pihak menerima keputusan yang diperoleh sama ada menang atau kalah dan menyeru untuk sentiasa memperkukuhkan silaturrahim serta menumpu perhatian untuk mengangkat martabat negara dan membela nasib rakyat.

“Bagi pihak Kerajaan Perpaduan saya ucapkan penghargaan atas sokongan terutama dalam mengekalkan kekuatan tiga negeri yang sebelum ini (Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang).

“Keputusan adalah keputusan rakyat dan dalam sistem demokrasi sama ada kita terima atau tidak dengan keputusan, kita harus hormat keputusan rakyat. Hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik,” katanya semasa berucap di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.

Sementara itu, Anwar turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannua ini akan terus kekal dan kukuh selepas PRN ini.

“Bagi pihak Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Persekutuan, yang terus kekal dan kukuh selepas keputusan PRN ini, akan terus berkhidmat.

“Mulai Isnin, kita akan terus bertugas bukan sahaja seperti biasa, tetapi lebih tekun dan bekerja keras supaya Malaysia dapat mencipta kejayaan yang dibanggakan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI