fbpx

PRN: Ahmad Yakob umum Pas kekal memerintah Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yakob (tiga kanan) semasa mengumumkan kemenangan PN di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Kota Bharu sebentar tadi. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Pas berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahmad berkata, meskipun belum memperoleh keputusan rasmi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pas sudah mendapat majoriti melebihi dua per tiga di Kelantan.

Menurutnya, ia merupakan berkat usaha dan kerja keras semua jentera Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepanjang tempoh kempen.

“Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Kelantan kerana memberikan sokongan penuh kepada PN dengan menggunakan logo bulan di negeri ini.

“Seluruh jentera Pas dan Bersatu juga berganding bahu dan bekerja keras sehingga dapat memberi kemenangan yang sangat selesa,” katanya semasa mengisytiharkan kemenangan PM di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi PN Negeri Kelantan turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada berlaku perkara yang tidak disenangi terutama oleh rakyat di negeri ini sepanjang tempoh berkempen.

“Dengan ini, kita mengisytiharkan bahawa SPR mengesahkan secara rasmi Pas telah mendapat majoriti melebihi 2/3 untuk memerintah kerajaan negeri Kelantan sekali lagi bagi penggal ini.

“Kita berdoa supaya kerajaan negeri ini sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya sebelum menyudahkan pengumuman itu dengan 10 kali kalimah zikrullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI