fbpx

PRN: Gua Musang bukan lagi kubu kuat BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahbuddin (kiri) berpelukan dengan ibunya selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Galas semasa pengumuman keputusan PRN di Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang, Gua Musang, sebentar tadi. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Gua Musang bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) selepas Pas berjaya menawan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Kekalahan itu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim berjaya menewaskan Ab. Aziz Yusoff selepas memperolehi 6,517 undi dengan majoriti 810 undi.

BN juga gagal mengekalkan kerusi di DUN Paloh apabila calon Pas, Datuk Shaari Mat Hussain berjaya mengalahkan penyandang kerusi itu, Amran Arifin yang meraih undi sebanyak sebanyak 7,407 undi dengan majoriti 2, 205 undi.

Bagaimanapun, BN hanya mampu mempertahankan kerusi DUN Galas apabila Mohd. Syahbuddin Hashim berjaya memperoleh 10,742 undi dengan majoriti undi dengan majoriti 3,337 undi mengalahkan calon Pas, Mohd. Tarmizi Abd. Rahman yang mendapat 7, 405 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI