fbpx

PRN: Rasmi – PN sapu bersih Kelantan, Terengganu dan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong PN berkumpul bagi mengikuti keputusan PRN Kedah di Kompleks Pas di Kota Sarang Semut, Alor Setar malam ini. Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada Pilihan Raya Negeri hari ini.

Berdasarkan keputusan yang disiarkan di portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi negeri Kelantan, PN berjaya menguasai sebanyak 43 daripada 45 kerusi DUN, manakala gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) hanya memenangi dua kerusi.

Dua kerusi yang dimenangi gabungan itu adalah di DUN Kota Lama (PH) dan DUN Galas (BN).

Bagi Terengganu pula, PN menyapu bersih kesemua kerusi di negeri tersebut, begitu juga di Kedah.

Di Kedah, PN berjaya menguasai lebih dua pertiga keseluruhan 36 kerusi DUN di negeri tersebut.

Sementara itu, PH-BN pula mengekalkan penguasaan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Bagi Selangor, PH-BN ketika ini menguasai 24 daripada 56 kerusi DUN, manakala PN pula hanya memenangi 15 kerusi.

Di Pulau Pinang, PH-BN memenangi sebanyak 27 kerusi DUN, manakala di Negeri Sembilan gabungan tersebut mendahului dengan 22 DUN setakat pukul 11.15 malam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI