SEPANG – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Jamil Salleh menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) N55 Dengkil dengan majoriti tipis 407 undi.
Jamil yang juga bekas Ketua Setiausaha di dua buah kementerian memperolehi 33,561 undi meninggalkan pencabar terdekatnya Noorazli Said daripada Barisan Nasional (BN) dengan 33,154 undi.
Dengan kemenangan itu, DUN Dengkil kekal milik Perikatan Nasional (PN) menerusi wakilnya sebelum ini di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Adhif Syan Abdullah.
Jumlah pemilih bagi DUN Dengkil bagi PRN kali ini adalah 69,165 orang membabitkan 74.24 peratus keluar mengundi dengan 436 kertas undi ditolak selain 130 kertas undi tidak dikembalikan.
Penampilan kali pertama Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerusi wakilnya, Darren Ong juga tidak mengecewakan apabila meraih 1,782 undi manakala, seorang lagi calon Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat) memperoleh 668 undi. – KOSMO! ONLINE