fbpx

PRN: Ketibaan Anwar di WTC disambut meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) diiringan Ahmad Zahid masuk ke Dewan Tun Hussein Onn, WTC Kuala Lumpur. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini sekitar pukul 10.33 malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan hadir malam ini bagi mengikuti perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri.

Ketibaan Anwar disambut Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta barisan pemimpin Kerajaan Perpaduan yang lain.

Selain Anwar dan Ahmad Zahid, beberapa pemimpin parti seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Selain itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming, Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI