fbpx

PRN: Rasmi – Azmin tewaskan Juwairiya di DUN Hulu Kelang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin.

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini dengan majoriti 1,617 undi.

Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu menewaskan pencabarnya, Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan dengan 25,597 manakala Juwairiya memperoleh 23,980 undi.

Mohamed Azmin sebelum ini merupakan penyandang bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa, manakala Juwairiya pula penyandang kerusi DUN Bukit Melawati.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI