fbpx

PRN: Tidak Rasmi – PH-BN, PN masing-masing kuasai tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri menyaksikan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mendominasi tiga negeri yang sebelum ini pernah ditadbir mereka.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga pukul 10 malam, gabungan PH-BN menguasai Dewan Undangan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Gabungan tersebut ketika ini menguasai 54 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, 33 daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan dan hampir kesemua DUN di Pulau Pinang.

Sementara itu, PN pula menguasai DUN di Kelantan, Terengganu dan kedah.

Di Kelantan, keputusan tidak rasmi menyaksikan PN menguasai 44 daripada 45 kerusi DUN, Terengganu hampir kesemua 32 kerusi DUN dan di Kedah 25 daripada 36 kerusi DUN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI