fbpx

PRN: Tidak Rasmi – Kerajaan Perpaduan dijangka kekal di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan mendahului 25 kerusi setakat ini.

SEREMBAN – Kerajaan Perpaduan di bawah gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas mendahului dengan 25 kerusi setakat ini.

Berdasarkan undi tidak rasmi, PH menerusi DAP berjaya mengekalkan kesemua 11 kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya kali ini dengan majoriti undi yang agak tinggi.

Manakala Barisan Nasional (BN) pula mendahului dengan 14 kerusi termasuk di DUN Rantau, Palong, Lenggeng, Chembong, Senaling dan Johol.

Kerusi tumpuan BN-PH yang mendahului setakat ini adalah DUN Chennah, Pertang, Sikamat, Pilah, Ampangan dan Rantau.

Calon ‘heavyweight’, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun iaitu calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dengan memperoleh 4,705 undi menewaskan pesaing terdekat, Ahmad Raihan Muhamad Hilal daripada PN yang memperoleh 4,520 undi.

Seterusnya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Foke yang mewakili PH di DUN Chennah mendahului dengan 5,888 undi berbanding lawannya Rosmadi Arif daripada PN yang mendapat 3,688 undi.

DUN Rantau menyaksikan BN yang diwakili Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh 15,315 undi manakala Rozmal Malakan daripada PN memperoleh 5,504 undi dengan majoriti 9,810 undi.

Terdapat seramai 864,425 pemilih berdaftar di Negeri Sembilan pada pilihan raya kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI