fbpx

PRN: Anak Noh Omar menang DUN Permatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syazwani Noh.

KUALA SELANGOR – Anak Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dengan menewaskan wakil Pakatan Harapan (PH), Mohd. Yahya Mat Sahri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang itu menang dengan majoriti 1,728 selepas memperoleh 12,850 undi.

Mohd. Yahya memperoleh sebanyak 11,122 undi.

Kemenangan itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya DUN Permatang, Tirmidzy Che Mat di Institut Pengurusan Peladang, Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, malam ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi DUN Permatang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI