fbpx

BN sokong calon GRS dalam PRK Batu Sapi – Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar ketika sidang media di pejabat Kementerian Kerja Raya Sabah hari ini.

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah bakal memberikan sokongan penuh kepada calon dicadangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun hampir semua parti di bawah GRS sudah mengumumkan untuk tidak bertanding namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai akan bertanding dalam PRK Batu Sapi atau sebaliknya.

“Kita pastinya akan menyokong sesiapa sahaja calon daripada GRS yang dipilih untuk bertanding dalam PRK Batu Sapi.

“Hal ini kerana kita berada di bawah satu gabungan yang sama,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Kementerian Kerja Raya Sabah hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai khabar angin berkaitan Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan antara yang disebut-sebut bakal dicalonkan dalam PRK Batu Sapi pada 5 Disember ini, Bung menyatakan beliau tidak menolak berita terbabit namun belum mengetahui kesahihannya.

“Kita ada mendengar tentangan khabar angin itu tetapi saya tidak pasti siapa calon sebenar yang mereka calonkan. Dengar khabar salah satu pemimpin Bersatu di kawasan Batu Sapi.

“Siapapun calonnya, BN tetap akan memberi sokongan penuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI