SIK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selesa dengan majoriti undi sebanyak 14,159 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri.
Menerusi keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.40 malam ini, Muhammad Sanusi mendapat undian sebanyak 18,943.
Sementara itu, pencabarnya, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dari Pakatan Harapan (PH) mendapat 4,784 undi. – KOSMO! ONLINE