fbpx

Dua kemenangan bakal julang JDT sebagai juara Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD JDT gah memimpin carta liga dengan mengutip 57 mata selepas meraih 19 kemenangan pada musim ini tanpa sebarang kekalahan. – RAJA JAAFAR ALI

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut tanpa perlu menghiraukan keputusan pencabar terdekat.

Skuad Harimau Selatan kendalian Esteban Solari ketika ini gah memimpin carta liga dengan mengutip 57 mata selepas me­raih 19 kemenangan pada musim ini tanpa sebarang kekalahan.

Sementara itu, pencabar terdekat pula, Selangor FC kekal di tangga kedua dengan 43 mata sekali gus memiliki jurang 14 mata berbanding JDT, manakala Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pula di kedudukan ketiga dengan 40 mata.

Andai Selangor FC dan KDA FC merekodkan kemenangan bersih sehingga penghujung musim ini, kedua-dua pasukan hanya boleh meraih mata maksimum sebanyak 61 mata.

Justeru, JDT dijangka tidak mempunyai masalah untuk menjulang trofi Liga Super berturut-turut sejak edisi 2014 sekiranya berjaya menambah sekurang-kurangnya lima mata lagi.

Solari mengakui salah satu sasaran utama adalah untuk mempertahankan trofi Liga Super tetapi apa yang lebih penting pasukan dapat membentuk identiti juara selain meningkatkan intensiti perlawanan.

“Sudah pasti sasaran pasukan adalah jelas dengan mempertahankan trofi Liga Super. Cuma, kita mahu lebih fokus dengan memperkenalkan identiti dengan mempamer corak permainan menyerang.
“Saya mahu peminat yang hadir dapat melihat bahawa kita bermain bola sepak terbaik dan dominasi perlawanan dalam tempoh 90 minit perlawanan,” kata pengendali dari Argentina itu.
Difahamkan, JDT akan turut bertemu Perak FC pada aksi Liga Super malam ini tanpa kelibat pemain utama seperti Fernando Forestieri, Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez yang masih mengalami kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI