PETALING JAYA – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah kini sedang ketinggalan dalam kiraan undi awal ketika ini.
Menerusi perkongsian di laman MyUndi, Mohd. Amar yang bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor hanya mendapat 358 undi.
Manakala pencabarnya, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd. Zain dari Pakatan Harapan yang meraih 434 undi. – KOSMO! ONLINE