fbpx

PRN: Selangor catat 65 peratus keluar mengundi, DUN Bukit Gasing paling rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan petugas SPR melakukan pengemasan sebelum pusat mengundi di SK Seksyen 9 di sini ditutup pukul 6 petang tadi.

SHAH ALAM – Hanya 65 peratus daripada 3,747,057 pengundi berdaftar di Selangor menunaikan tanggungjawab sehingga pukul 4 petang.

Berdasarkan peratusan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang mencatatkan peratusan paling ramai keluar mengundi iaitu 71.99 peratus.

Ini diikuti DUN Sementa dengan 71.92 peratus dan Ijok (71.09 peratus).

Sementara, tiga DUN yang mencatatkan peratusan pengundian paling rendah adalah Bukit Gasing iaitu sebanyak 55.78 peratus, Bandar Utama (58.79 peratus) dan Kampung Tunku (59.14 peratus).

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di salah sebuah pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9, di sini mendapati tiada lagi kehadiran pengundi setakat pukul 5.30 petang tadi dengan pusat mengundi ditutup pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI