MEMANG cari ‘penyakit’ bila pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Amy Nur Tinie berani beraksi dengan hanya memakai bikini.
Biarpun gambar dimuat naik tidak dikongsikan secara penuh, mungkin takut dikecam netizen, tapi Diva boleh tahu Amy sedang menggayakan bikini ketika berada di tepi pantai.
Menerusi foto yang dimuat naik pelakon filem Jemputan Ke Neraka kelihatan ‘daring’ betul menggayakan pakaian renang berwarna merah dengan aksi menggoda.
Tapi gambar yang dikongsikan itu hanya daripada paras pinggang ke atas sahaja. Kalau gambar penuh, agaknya berbakul-bakul kecaman. Bijak!
Tidak mengapalah Amy, asalkan awak kebal telinga, pakailah apa yang awak suka. Mungkin itu salah satu cara untuk membuatkan nama awak lebih dikenali dalam industri.
DIVA: Makin berseri-seri Ayda Jebat sejak kembali berbadan dua, persis anak patung Barbie!