TUCSON, Arizona – Seorang wanita yang baru pulang dari bercuti terkejut melihat seekor ular jenis coachwhip melingkar di dalam mangkuk tandas rumahnya di Tucson baru-baru ini, lapor portal berita WMTW kelmarin.
Michelle Lespron yang terkejut melihat ulat itu bertindak menutup penutup tandas dan meminta bantuan sebuah syarikat menghalau ular tempatan.
“Dia wira saya, Nick (pekerja penghalau ular) di Rattlesnake Solutions adalah wira mutlak saya,” kata Lespron.
Pemilik Rattlesnake Solutions, Bryan Hughes bderkata: “Sesetengah orang memanggil ular coachwhip sebagai ‘pelumba merah’ tetapi yang ia bukannya berwarna merah.
“Ia adalah ular yang pantas, pintar. Ia memakan ular tedung, memanjat pokok, memanjat rumah,” kata Hughes.
Hughes berkata, kejadian ular berada di dalam tandas agak jarang berlaku.
Walaupun selepas ular itu telah dialihkan, Lespron memutuskan untuk menggunakan bilik mandi lain di dalam rumahnya. – Agensi