fbpx

Peratusan keluar undi 64 peratus setakat 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang petugas PRN membantu pengundi berkeperluan khas untuk menunaikan tanggunjawab tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Jumlah pengundi keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) mencatatkan sebanyak 64 peratus bagi negeri Terengganu setakat pukul 3 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia seterusnya diikuti oleh Kedah iaitu sebanyak 63 peratus dan Pulau Pinang sekitar 60 peratus.

“Selangor merekodkan sebanyak 58 peratus, manakala Negeri Sembilan (56 peratus) dan Kelantan (51 peratus).

“Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula, jumlah keluar undi direkodkan sebanyak 59 peratus,” katanya tadi.

Susulan itu, pengundi dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan mengikut jadual masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI