fbpx

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke istiadat pentauliahan Tengku Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Sovereign’s Parade, semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Sovereign’s Parade Pentauliahan paduka anakanda Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), London, United Kingdom, semalam.

Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut oleh Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Jeneral Sir Patrick Sanders.

Pada istiadat tersebut, Seri Paduka turut diberi penghormatan menerima Tabik Hormat Diraja diiringi lagu Negaraku.

“Seri Paduka Baginda juga berkenan beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan bersama Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Jeneral Sir Patrick Sanders dan Panglima Tentera Darat India Jeneral Manoj Pande.

“Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah telah melengkapkan latihan ketenteraan di RMAS selama setahun bermula 11 Ogos 2022,” katanya.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda.

Tambah kenyataan tersebut, Seri Paduka Baginda telah menjalani latihan ketenteraan di RMAS dari tahun 1978 hingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.

Manakala, Pemangku Raja Pahang juga telah menjalani latihan ketenteraan di akademi tersebut dan ditauliahkan pada bulan Disember 2019 selepas melengkapkan latihan selama 44 minggu.

RMAS adalah sebuah instituti latihan ketenteraan tersohor dunia yang amat terkenal dalam pembangunan kepimpinan dan latihan asas ketenteraan dan pegawai tentera darat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI