fbpx

Suri rumah kecewa tidak boleh mengundi, identiti digunakan individu lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozana menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas ada individu lain mengunakan identitinya untuk mengundi di pusat mengundi SK Taman Mahsuri di Padang Serai, Kulim hari ini.

KULIM – Seorang suri rumah terkejut apabila dimaklumkan ada individu lain telah menggunakan kad pengenalannya ketika dia mahu mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mahsuri, di sini hari ini.

Menurut Rozana Mokhtar, 35, dia ke pusat mengundi tersebut di saluran tiga pada pukul 8.45 pagi tadi.

Katanya, dia kemudian menyerahkan kad pengenalan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di situ, namun petugas itu berasa pelik dan memaklumkan sudah ada orang menggunakan kad pengenalannya untuk mengundi.

“Saya menjelaskan kepadanya bagaimana ia boleh berlaku sedangkan saya belum mengundi dan menunjukkan kepadanya jari yang masih belum dicelup dakwat,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, pegawai terbabit kemudian meminta dia membuat laporan polis dan tetap tidak dapat mengundi.

Jelasnya, dia dan kakaknya menukar alamat baharu pada November tahun lalu dan ketika membuat semakan daftar pemilih secara dalam talian di MySPR, semua maklumat didapati tepat.

“Saya agak kecewa kerana ini merupakan kali pertama saya mengundi di tempat baharu kerana sebelum ini saya sudah lebih tiga kali mengundi di kampung di Gunung Semanggol, Perak dan tidak berhadapan sebarang masalah.

“Saya sudah menetap di Padang Serai ini sejak 10 tahun lalu dan kecewa tidak dapat mengundi hari ini di tempat baharu ini,” katanya.

Tambahnya, dia telah membuat laporan di Balai Polis Padang Serai untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI