fbpx

PRN: Moyang 108 tahun tetap gigih mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas SPR membantu Wit mencelup jari dengan dakwat kekal di pusat pengundian, SK Pasir Raja, Dungun hari ini.

DUNGUN – Keuzuran dalam usia yang sudah menjangkau108 tahun tidak menghalang, Munah Adam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Dia yang lebih mesra dipanggil ‘Wit’ hadir dengan berkerusi roda ke pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja dekat sini dengan ditemani anaknya, Adnan Apil, 69.

Adnan berkata, ibunya yang memiliki 16 orang cucu dan 23 orang cicit itu tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawabnya setiap kali pilihan raya.

Dia berkata, Wit yang masih sihat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu berjalan kaki dan memangkah sendiri kertas undi di pusat pengundian

“Kesihatan Wit merosot selepas dia terjatuh dari katil pada hujung tahun lalu menyebabkan dia tak dapat berjalan, namun masih boleh bercakap dan penglihatannya juga jelas.

“Beberapa hari lalu, Wit beritahu mahu mengundi pada PRN kali ini dan meminta saya membantunya untuk memangkah pada kertas undi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adnan menghargai dedikasi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang banyakvmembantu memudahkan urusan ibunya mengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI