fbpx

PRN: Selagi masih hidup saya akan mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dahaila dan Mohd. Saat menunjukkan jari mereka selepas mengundi di Klang hari ini.

KLANG – Keuzuran yang dialami Dahaila Majid, 83, tidak mematahkan semangatnya untuk keluar mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.

Warga emas yang berkerusi roda dibantu anaknya, Mohd. Saat Husin, 64, tiba kira-kira 10 pagi tadi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Gadong, di sini.

Kata Dahaila, ini adalah kali ke-10 menunaikan tanggungjawab selepas layak mengundi dan tidak ingin melepaskan hak sebagai pemilih berdaftar.

“Susah bagaimanapun keadaan, selagai masih hidup saya akan cuba mengundi sebab itu adalah kewajipan saya.

“Rugi kalau ada hak mengundi tetapi tidak dimanfaatkan sewajarnya apabila tiba hari seperti ini” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Saat menzahirkan penghargaan kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memudahkan urusan pengundian ibunya yang hanya mengambil masa keseluruhan 10 minit.

Jelasnya, dia lewat mengambil ibunya selepas keluar mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang.

“Saya tinggal di Gombak dan belum menukar tempat mengundi. Sebaik selesai mengundi terus mengambil ibu di Kampung Sungai Udang di sini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI