fbpx

PRN: Tiada cuti khas jika PH-BN menang di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika mengundi di SJKC Hu Yew Seah, Jalan Madras, George Town, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Tiada cuti khas di Pulau Pinang sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian cuti itu tidak akan dilaksanakan walaupun PH yakin mampu memenangi sehingga 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membolehkan gabungan berkenaan membentuk kerajaan negeri.

“Saya tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan PH-BN menang di Pulau Pinang.

“Walaupun kita yakin akan memenangi 30 daripada 40 kerusi pada kali ini untuk membentuk kerajaan, pemberian cuti tidak akan diberikan,” katanya selepas melawat beberapa pusat mengundi di sekitar DUN Padang Kota, di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow yang juga calon gabungan PH-BN bagi kerusi DUN Padang Kota mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hu Yew Seah, Jalan Madras, di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI