fbpx

Undi awal tak kalut – Altimet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALTIMET ceria membuang undi selaku calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Ampang, Selangor.

PETALING JAYA – “Awal tak kalut, Bukit Antarabangsa. Hadir”.

Demikian perkongsian calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang juga komposer dan penyanyi rap terkenal, Altimet sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 44, itu antara pengundi terawal di pusat membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat, di sini.

Altimet turut mengambil kesempatan merakamkan foto bersama dua bakal pengantin yang menunaikan tanggungjawab mengundi sebelum majlis pernikahan masing-masing.

Sebelum itu dalam hantaran berbeza, Ketua Cabang PKR Ampang terbabit tidak ketinggalan berkongsi suasana beratur untuk membuang undi.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut laman sosial pelantun lagu Kalau Aku Kaya itu menzahirkan ucapan selamat kepadanya.

Terdahulu, selepas lebih tiga tahun aktif berpolitik, Altimet mendapat kepercayaan PH untuk berdepan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin atau Cikgu Sharifah di DUN Lembah Jaya.

Fokusnya di N20: Lembah Jaya adalah menangani isu kekeluargaan, belia serta kelestarian yang meliputi infrastruktur, ekonomi serta peluang pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI