fbpx

Orang ramai diminta tidak kongsi, muat naik kandungan hina Institusi Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan membabitkan Institusi Diraja di media sosial dan aplikasi permesejan.

MCMC dalam kenyataan di sini berkata, peringatan ini dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan yang berbentuk penghinaan terhadap Institusi Diraja.

“Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifar jelik membabitkan Institusi Diraja.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, tindakan penguatkasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

“Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebar kandungan media sosial yang menghina Institusi Diraja sebaliknya melaporkan kepada MCMC di pautan aduan.mcmc.gov.my dan PDRM,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI