fbpx

PRN: Hasnul bawa ibu mengundi di SK Seri Lanang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnul ketika membantu ibunya, Zaleha yang berkerusi roda untuk mengundi di SK Seri Lanang.

KUALA LANGAT – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, Hasnul Baharuddin membawa ibunya, Zaleha Ishak, 75, untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lanang di sini, hari ini.

Hasnul yang juga penyandang kerusi itu selama dua penggal kelihatan membantu ibunya yang berkerusi roda bagi proses pengundian tiba kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Bekas Timbalan Speaker DUN Selangor pula selesai menunaikan undi di SK Kanchong Darat pada pukul 9.30 pagi.

DUN Morib menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Hasnul yang juga bekas Timbalan Speaker DUN Selangor dan calon Perikatan Nasional, Rosnizan Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Hasnul dengan majoriti undi sebanyak 2,117 dalam pertembungan tiga penjuru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI