fbpx

Terengganu catat peratus keluar undi tertinggi setakat 11 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur bagi menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Salak, Sepang hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF / KOSMO!

PUTRAJAYA – Jumlah pengundi keluar mengundi di Terengganu merekodkan sebanyak 33 peratus setakat 11 pagi tadi, sekali gus mencatatkan peratusan tertinggi berbanding negeri lain yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia seterusnya diikuti oleh Kedah iaitu sebanyak 32 peratus dan Pulau Pinang sekitar 29 peratus.

“Seterusnya ialah Selangor (28 peratus), Negeri Sembilan (27 peratus) dan Kelantan (26 peratus).

“Jumlah keluar undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula sebanyak 30 peratus,” katanya.

Hari ini, seramai 9,674,456 pengundi akan mengundi bagi menentukan kerajaan negeri di enam negeri, manakala bagi Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 122,160 orang.

Pengundi dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan mengikut jadual masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI